
Dendam mula membara apabila Sultan menjatuhkan hukuman mati kepada Indera Laksamana kerana bermain cinta dengan puterinya yang ingin dinikahkan dengan Putera Wira Satria.
Mak Inang yang dianggap menjadi orang tengah kerana memperkenalkan Puteri Sinar Cahaya dan Indera Laksamana telah dibutakan matanya dan dibuang ketengah rimba. Intan Sari mengambil keputusan untuk membalas dendam atas kematian tunangannya itu dan dia telah menuntut ilmu daripada Sang Pertapa yang memiliki ilmu yang membawa kejahatan.
Bagaimanapun, Intan Sari hanya mempunyai satu pilihan jika ingin membalas dendam iaitu terpaksa menunggu sehingga tujuh keturunan. Selama ini roh Intan Sari berada dalam badan Nek Putih, untuk mencapai dendam dia.. Dia telah menukar roh dengan Samsiah. Jadilah roh Samsiah didalam badan Nek Putih.
Citer ni baru je hbs semalam..kredit diberikan pd diana rafar sbb bagi saya die berjayakan membawakan wataknyer dgn baik.. menjadi la kirenyer... lagu yg die nyanyikan tu pun best.. teringat mase kecik2 suka main nyorok2 nanyi lagu nenek2 si bongkok 3..
Citer ni baru je hbs semalam..kredit diberikan pd diana rafar sbb bagi saya die berjayakan membawakan wataknyer dgn baik.. menjadi la kirenyer... lagu yg die nyanyikan tu pun best.. teringat mase kecik2 suka main nyorok2 nanyi lagu nenek2 si bongkok 3..
Gambar pelakon-pelakon yang membintangi Drama Lagenda Nenek Kebaya:

Lirik Lagu Pembukaan Tema Drama Lagenda Nenek Kebaya
Tersebut kisah dahulu kala
Kasih terpisah dalam sengketa
Biar tersimpan sumpah dan dendam
Tujuh keturunan tidak terpadam....
Intan Sari menuntut bela
Nenek Kebaya menjadi mangsa
Biar kesumat membujur tiba
Kuasa Tuhan tiada bandingnya...
Kasih terpisah dalam sengketa
Biar tersimpan sumpah dan dendam
Tujuh keturunan tidak terpadam....
Intan Sari menuntut bela
Nenek Kebaya menjadi mangsa
Biar kesumat membujur tiba
Kuasa Tuhan tiada bandingnya...