i am

Monday, February 15, 2010

Sabar





Renungilah kata-kata Saiyidina Ali r.a sebagai motivasi memupuk kesabaran:

“Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas dirimu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa. “


Bersabarlah, kerana kesabaran itu mendatangkan kemanisan dan membuat hatimu lapang.

Bersabarlah, kerana hanya dengan sabar kau dapat dekat kepada Tuhanmu.

Bersabarlah, kerana hanya dengan kesabaran dapat tercapai citamu dan tertunai hajatmu.


Tuhan, betapa kerap aku melanggar perintah-Mu kerana ketidaksabaranku, tetapi Kau tetap bersabar dengan sebesar-besar Kesabaran-Mu. Ya Allah, janganlah Kau simpan kemurkaan-Mu untuk Kau seksa aku di akhirat kelak, tetapi kurniakanlah ampunan-Mu padaku. Ya Allah berilah hamba kekuatan menyusuri kesabaran kekasih-Mu Muhammad s.a.w agar dapat berdiri kukuh dalam perjuanganku.


Photobucket