i am

Tuesday, August 17, 2010

~Syahr al-Quran~




Al-Qur'an adalah kitab yang diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada Nabi Muhammad s.a.w. pada bulan Ramadhan. Dalam usaha mendekatkan diri kepadaNya, bulan Ramadhan adalah kesempatan yang paling berharga untuk memperbanyakkan membaca al-Qur'an, sama ada secara bertadarus ataupun berseorangan, lebih-lebih lagi sehingga berjaya menamatkan (khatam) bacaan 30 juz al-Qur'an.


Menyentuh mengenai amalan membaca al-Qur'an pula, Al-Imam an-Nawawi Rahimahullah Ta'ala menegaskan di dalam kitabnya al-Adzkar bahawa hari-hari yang terbaik membaca al-Qur'an ialah pada hari Jumaat, Isnin, Khamis, hari 'Arafah (9 Zulhijjah), sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah dan sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Manakala bulan terbaik adalah bulan Ramadhan.


p/s : Jadi sama2lah kita merebut peluang pada Syahr al-Mubarak ini dengan memperbanyakkan amalan membaca al-Quran.


Photobucket